Dashboard | +Follow
'Sourire'always!
sejarah SYAITAN.. bernama KHANAZ!
Tuesday, May 24, 2011 • 3:34 PM • 0 comments

ceritanya macam nie.. masa mula-mula nabi adam dan hawa di bumi. syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu adam, dok pikir cana nak kacau anak adam dari patuh dengan suruhan ALLAH. Pada suatu hari, si ibu syaitan tengah dok pikir , " macam mana aku nak kena kan anak cucu adam".. dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama KHANAZ.

lalu dipanggilnya khanaz..
"khanaz... mari sini ikut mak..."kata ibu syaitan itu. lalu mereka pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.dan sewaktu itu,, hanya Hawa sahaja yang berada dirumah kerana Adam baru saja keluar pergi bekerja. lalu pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "siapa kamu..."

ibu syaitan menjawab.."tolong jagakan anak saya... nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa-apa, memberi pertolongan. apabila Adam pulang. Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa " anak siapa nie..?",lalu Hawa menjawab "tak tahulah... tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " ini mesti anak syaitan , yang mahu menganggu  anak cucu kita .." "apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam. setelah lama pikir-pikir.. "kita potong-potong dagingmya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita... nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anaknya sudah tak ade..."idea Adam.

keesokan pagi harinya ibu syaitan itu datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "mana anak aku,,," tanya ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan " anak kamu....semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan ... lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan dagingnya atas pokok luar sana ... "terang Hawa.

"oh..yeke?..." jawab Ibu syaitan dengan nada yang tidak risau. kemudian ibu syaitan meneriak memanggil anaknya "khanazzzz..!!!" tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi khanaz kembali... dan ibu syaitan masih tidak berpuas asa dan masih meminta Hawa menjagakan khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok harinya...

apabila Adam pulang dan terlihatlah ia anak syaitan bernama khanaz itu lagi dan bertanya pada Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah mereka... Hawa menerangkan apa yang berlaku. "kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.."kata Adam. " apa harus kita lakukan lagi..."kata Hawa. " begini ...kita bakar anak syaitan ini dan ... abunya kita buangkan ke laut.., biar ibunya tidak kan dapat bertemu anaknya lagi..."terang Adam.. keesokan paginya datang lah lagi ibu syaitan ini bertanya kan khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. 

"mana anak aku?" tanya ibu syaitan.
"anak kamu sudah bakar dan abunya kami buang ke laut!"jawab Hawa...
"owh iye yeke?kata ibu syaitan lalu meneriak memanggil khanaz,... kemudian bercantum lah kembali daging khanaz dari abu , dan menjadi khanaz kembali, kemudian di serahkan kembali pada Hawa untuk menjaga khanaz.

apabila Adam pulang, mendapati anak syaitan itu masih berada di rumahnya "ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. " apa harus kita lakukan?"tanya Hawa. "begini sajalah... kita belah dua anak nie...kamu telan sebelah, aku telan sebelah. habis cerita!" cadang Adam. keesokan pagi, datanglah lagi si ibu syaitan bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja. "mana anak aku" tanya ibu syaitan. "anak kamu ....kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..."jawab Hawa.

"kenapa...?"tanya ibu syaitan.
"anak kamu telah kami telan...!"jawab Hawa dengan penuh yakin. 
"iye ker?lalu ibu memanggil anaknya.."khanaz!! iye mak..jawan khanaz dari dalam badan Hawa..bagus anak ku...kamu duduk sana ,jang keluar2.... arah ibu syaitan pada khanaz. 

itu lah cerita dia kawan2...duduklah khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hingga hari kiamat. 



dan tugas syaitan KHANAZ ini-

  • bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum, apa ajer aktiviti kita buat dia akan menyertai JIKA kita tak BACA BISMILLAH...

  • bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.. sebelum niat untuk solat , bacalah LA HAW LA WALA QUWAWATA ILLAH BILLAH.

  • buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa " eh dah buat ker belum.." ubatnya banyak kan dengan BERISTGHFAR..

  • khanaz akan berlari dan bermain dalam darah kita ... dan ubatnya banyakkan ZIKIR..
SAHABAT RASULULLAH PERNAH BERTANYA BAGAIMANA UNTUK MENGELAK KHANAZ.. 
PESAN BELIAU:

setiap apa yang hendak kita lakukan mula kan dengan baca BISMILLAH dan doa.
sekurang2 BISMILLAH, khanaz akan kelaparan bila kita puasa dan akan bertambah
kurus bila kita makan mulakan dengan baca BISMILLAH. dan mana yang suami
isteri tu sebelum bersama, baca lah doa2 banyak nanti khanaz dan the geng akan 
turut serta. tengok! bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya 
anak cucu ADAM..

surah AN nas JUGA menceritakan hal syaitan bernama kHANAZ yang sentiasa
buat kita was-was.

walllahualam..




xoxo,katawe



theownER

Hi, im owner for this blog. Steal anything what u can steal :D. don't be noughty oke! trying to make keep smile stil study! single and just waiting my super dopper hero appear,but who?



« HOME
« MEET||ME
« TERJAH||JOM
« CER||CERITA

shout||HERE





BORING?ANDA KREATIF?JOM!
[!] cBOX,,pot PET cni [!]


jOM|KAYA|SESAMA


Klik SINI,here.



Back to past





SHOP OUTLET!|HERE|


"TRIO coLLECTION".



Follower

PRESS||HERE

Credits


Edited : katawe